Atikah ♥
ISTERI YANG SOLEHAH DAN SUAMI YANG FASIK
Sunday 8 July 2012 • 06:34 • 1 comments
    Pada zaman dahulu di sebuah kampung ada sepasang suami isteri yang sudah berumur.Walaupun mereka sudah lama berkahwin terdapat perbezaan peribadi antara kedua-duanya.Si isterinya merupakan seorang yang taat dalam melakukan agama,sebaliknya suaminya pula merupakan seorang yang fasik dan meninggalkan kewajiban agama dan tidak mahu buat kebaikan.Perempuan itu sentiasa berdoa agar suaminya berubah menjadi seorang yang saleh pada suatu masa kelak.

   Si isteri mempunyai satu amalan yang baik iaitu dia sentiasa mengucapkan Bismillah setiap kali hendak memulakan atau melakukan sesuatu perkara.Suaminya pula tidak suka dengan tabiat baik isterinya dan sentiasa menyindirnya.

  Suaminya dengan nada mengejek selalu berkata:"Apalah engkau ini asyik Bismillah,Bismillah.Tiada perkataan lainkah yang boleh engkau ucapkan selain dari Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa setiap kali mendengar sindirannya itu.Sebaliknya dia hanya bersabar dan berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya yang fasik.

    Si suami berasa tidak tenteram.Akalnya cuba untuk mencari jalan untuk melakukan sesuatu.Pada suatu hari dia telah merancang bagi membuktikan bahawa amalan  Bismillah yang diamalkan oleh isterinya itu adalah sia-sia sahaja.Sambil memikirkan sesuatu dia berkata di dalam:Ya....aku akan melakukan rancanganku ini.Isteriku itu pasti akan kecewa dengan bacaannya itu."

    Pada suatu hari si suami pun melaksanakan rancangannya.Bagi membuktikan kata-katanya itu dia lalu melakukan sesuatu bagi memerangkap isterinya.Dia telah memberikan seuncang wang yang banyak kepada isterinya sambil berpesan:

   "Wahai isteriku!Simpanlah wang ini ditempat yang selamat supaya tidak ketahui oleh sesiapa pun." Tanpa mensyaki rancangan keji suaminya,si isteri lalu mengambil wang itu lalu menyimpannya di tempat yang selamat.

     Tanpa disedari rupanya  si suami telah mengintip tempat di mana isterinya menyimpan wang.Setelah isterinya pergi,dengan senyap-senyap dia telah mengambil wang tersebut lalu disimpannya pula di tempat yang lain.

    Beberapa hari kemudian si suami telah memanggil isterinya lalu berkata:"Wahai isteriku!Berikan kepadaku wang yang aku berikan kepadamu untuk simpan dahulu." Tanpa mengetahui rancangan suaminya si isteri yang solehah itu pergi ke tempat yang mana dia menyimpan wang itu sambil diikuti oleh suaminya.

      Si suami dengan rasa takbur berkata di dalam hatinya:"Hmmm..hari ini akan terbuktilah bahawa apa yang dilakukan oleh isteriku itu adalah sia-sia sahaja." Si isteri pula dengan penuh rasa yakin membuka peti yang mempunyai uncang wang itu sambil mengucapkan:"Bismillahirrahmannirahim."

     Maha Suci Allah.Uncang wang yang tlah diambil oleh suaminya itu tlah digantikan semula oleh Allah.Si isteri tanpa rasa syak wasangka menyerahkan uncang tersebut kepasa suaminya.

     Alangkah terperanjat si suami apabila melihatkan keajaiban itu.Dia lalu pergi ke tempat uncang wang yang disimpannya dan mendapati wang itu masih berada di situ.Kali ini si suami percaya akan kekuasaan Allah.Dia berasa amat bersalah dan mengakui segala perbuatannya itu kepada isterinya.

      Akibat dari peristiwa tersebut si suami akhirnya bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah.Dia juga mengikuti amalan mulia yang dilakukan oleh isterinya iaitu membaca Bismillah apabila setiap kali hendak memulakan sesuatu perkara.Si isteri mengucapkan syukur keoada Allah kerana suaminya telah berubah menjadi seorang lelaki yang saleh.

   


PASTFUTURE
Disclaimer..!
Welcome to my Online diary blog..
Do Follow and comment my post..
I Like Eiffel Tower so much.
Enjoy..! In my blog
Chit Chat

Jangan Mencarut

Follow Me ♥


Lovely Band ♥

One Direction ♥
BLOG ARCHIVE;

  • MASALAH OOH MASALAH... :'(
  • SAKIT OH SAKIT!!!
  • wakakakss..
  • Tadi aku gi makan kat ANW..fuhh lamak! aku order D...
  • STRESS..
  •  spongebob,squarepants..ahahhahah.. <!--more-->
  • Aku ngantuk tapi mata ni susah sangat100x nk tidor...
  • tk boleh belahlah video nih!
  • I love this video!
  •                                        Assalamuala...

  • CREDIT SECTION

    Coding Basecode by: Izyanyancinnamon
    Full Edited by: Azkiya
    Owner blog: Atikah Nasser
    Best view:Google Chrome
    Others:(♥♥)

    Remember!!dont remove this section!!