Atikah ♥
FITRAH&CINTA <--(sesuai ke tajuk nih)
Saturday 21 July 2012 • 00:00 • 1 comments




Apabila kamu merasa letih kerana membuat kebaikan,sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal.

Bila kamu bersenang-senang dengan dosa,maka kesenangan itu akan hilang dan dosa itu akan terus kekal.
                                                                                   -UMMAR BIN KHATTAB-


Fitrah boleh diertikan sebagai sifat semula jadi pada setiap makhluk-Nya, yang inginkan kebaikan dan menghindari segala kemudaratan ketika dilahirkan di dunia. Fitrah merangkumi seluruh aspek kehidupan, bermula dari diri sendiri, kepada masyarakat, kepada makhluk yang lain sehinggalah kepada hubungan manusia kepada Tuhan.

Fitrah bagaikan sehelai kain putih. Kelahirannya dalam keadaan suci dan bersih. Fitrah manusia yang paling bersih apabila dia pertama kali dilahirkan, manakala fitrah manusia yang paling suci apabila dia mengenal hubungannya dengan Tuhan.
Ia selari dengan kehendak Allah, menepati kewujudan sunnahtullah dan syariatullah. Perangkuman fitrah menuruti jalan kebenaran dan kemuliaan tuhan. Sebagaimana istilah cinta itu diciptakan.

Kehendak cinta antara manusia sehingga cinta kepada Allah, adalah perkara yang wujud sebahagian daripada fitrah manusia. Manusia meraih kalimah cinta untuk melindungi, memelihara, melengkapi dan menyayangi sebagai keperluan untuk meneruskan kelangsungan dalam kehidupan.

Namun, kewujudan cinta atas landasan fitrah hilang apabila ia datang kerana nafsu dan rakus menjadi syaitan. Ketika nafsu dan syaitan merajai segala tindakan manusia, tiada lagi pengertian fitrah dalam perbuatannya. Apabila kesesatan itu terjadi, manusia menjadi antara makhluk yang memiliki sifat tercela dan mengundang kemurkaan Azza wa Jalla.

Pengembalian cinta kepada fitrah adalah salah satu jalan kebenaran. Kini, makin ramai manusia hilang pedoman dan menjauhi dari fitrah makhluk ciptaan Tuhan. Kesesatan yang semakin jauh dalam menilai erti cinta, semakin lama semakin hampir dengan bala Allah kepada para makhluk-Nya yang berakal, tetapi kufur dan durhaka kepada-Nya.
Kepada para mukminin, carilah erti fitrah cinta yang teragung, cinta Allah s.w.t. Ia tidak berpenghujung, ia sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh-Nya. Ungkapkanlah kalimah cinta yang teragung sehingga ke akhir hayat ini, agar mencapai keindahan cinta yang abadi.


"Cinta Allah itu adalah sumber utk mencintai segala dan semua.Iman kepada Allah dan kasih sayang sesama manusia sangat erat keterkaitannya."

~Ramai juga pasangan suami isteri yang terlibat dengan perkahwinan yang tidak dimulakan dengan cinta, berjaya juga membina kebahgiaan rumah tangga kerana kekukuhan keduanya mencintai agama. Ini kerana perkahwinan itu sendiri telah memulakan cinta suci mereka.~

<3 love always in the right side if we in love <3


PASTFUTURE
Disclaimer..!
Welcome to my Online diary blog..
Do Follow and comment my post..
I Like Eiffel Tower so much.
Enjoy..! In my blog
Chit Chat

Jangan Mencarut

Follow Me ♥


Lovely Band ♥

One Direction ♥
BLOG ARCHIVE;

  • MENANTI DI BARZAKH
  • *THINK POSITIVE*
  • MENUTUP AURAT KETIKA MEMBACA AL-QURAN.
  • YAEY!!
  • NOTHING BETTER THAN YOU..
  • RINDU..
  •  assalamualaikum..heuk heuk....ukhuwah itu adalah ...
  • ISTERI YANG SOLEHAH DAN SUAMI YANG FASIK
  • MASALAH OOH MASALAH... :'(
  • SAKIT OH SAKIT!!!

  • CREDIT SECTION

    Coding Basecode by: Izyanyancinnamon
    Full Edited by: Azkiya
    Owner blog: Atikah Nasser
    Best view:Google Chrome
    Others:(♥♥)

    Remember!!dont remove this section!!