Atikah ♥
HaDiAh UkHuWwAh UnTuK aWaKk~
Friday 3 August 2012 • 08:29 • 0 comments
Nikmat ukhuwwah yang lazat berkrim >-<
49:10
saudaraku, Ukhuwwah itu menjana bahagia.... biarpun dengan linangan air mata
ASAS IMAN
Kerana ukhuwwah itu dibina atas asas iman kepada Allah Yang Maha Esa.
(Pencipta kita, sumber kebahgiaan kita, dan tempat pergantungan kita. Dia yang menyayangi kita lebih daripada kita menyanyangi diri kita sendiri!)
SATU AQIDAH
Dengan ukhuwwah, kita diikat erat dengan aqidah yang sama; Disegarkan dengan kefahaman siapa hamba, siapa Pencipta. Disuburkan dengan perjuangan untuk hidup dan mati dengan penuh makna(BAJA CAP PERJUANGAN!!!)hikhik~
 
Saudaraku, serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada, dan setinggi-tinggi ukhuwwah adalah ithar~mengutamakan orang lain dari diri sendiri. Justeru bukan semua kemesraan adalah ukhuwwah kerana bukan semua kemesraan dibina atas dasar Iman.
IMAN MENYEGARKAN!!
Hanya jiwa yang disegarkan dengan iman bisa membentuk manusia yang sanggup berlapang dada dan mengutamakan orang lain.
 
Bersyukurlah saudaraku dengan hadiah ukhuwwah ini >-< Sesungguhnya ia anugerah!!
"segala puji bagi Allah yang telah mempertautkan hati-hati kami, maka dengan nikmatNya, jadilah kami bersaudara >_< "
 
Semoga kita selalu mengingati hadith 13:
"seseorang di antara kamu tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"(Bukhari&Islam)
 
Bukankah nikmat yang paling kita harapkan untuk diri kita ialah redhaNya?
Maka itu jualah yang diharapkan untukmu wahai saudaraku..>_<
 
Saudaraku >-<
"sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, dibawa bersama hati saudaranya, justeru setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya"
-Mustafa Masyhur-
 
-kerana nikmat yang paling kita harapkan untuk diri kita ialah nikmat hidup dan mati dalam iman kepadaNya....-
 
Maka itu jualah yang kita harapkan untuk sahabat-sahabat kita  >-<
 
NAUNGAN cinta kerananya
vs
NAUNGAN duniawi
saudaraku, orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhuwwah kerana Allah... akan merasakan kebahagiaan dan ketenangan yang tak pernah dirasai oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan duniawi......
Kerana asasnya indah, justeru hadiahnya juga indah!
 
Allah malah telah menjanjikan bahawa syurga dan naunganNya untuk mereka yang bertemu dan berpisah keranaNya!!
~Ya...hanya keranaNya~
 
Justeru saudaraku, Jika kita tidak bertemu lagi selepas ini, semoga Allah pertemukan kita lagi di syurga JANNAH nanti >-<..
Insya-Allah!
 
 
~UHIBUKKI FILLAH AIDHON~
 


PASTFUTURE
Disclaimer..!
Welcome to my Online diary blog..
Do Follow and comment my post..
I Like Eiffel Tower so much.
Enjoy..! In my blog
Chit Chat

Jangan Mencarut

Follow Me ♥


Lovely Band ♥

One Direction ♥
BLOG ARCHIVE;

  • ^^ Number One For Me ^^
  • Ukhuwwah+Dakwah=Alhamdullillah,hasilnya~
  • Kak Jiee ^^
  • COUPLE ITU HARAM~
  • FITNAH
  • FITRAH&CINTA <--(sesuai ke tajuk nih)
  • MENANTI DI BARZAKH
  • *THINK POSITIVE*
  • MENUTUP AURAT KETIKA MEMBACA AL-QURAN.
  • YAEY!!

  • CREDIT SECTION

    Coding Basecode by: Izyanyancinnamon
    Full Edited by: Azkiya
    Owner blog: Atikah Nasser
    Best view:Google Chrome
    Others:(♥♥)

    Remember!!dont remove this section!!