Mengumpat?tak nak dengar!
Thursday 23 August 2012 • 07:40 • 0 comments Seperti yang kita tahu, mengumpat ialah bercakap tentang perkara yang tidak disukai orang yang diumpat - yakni perkara yang jika orang itu tahu kita berkata mengenainya boleh menyebabkan dia berkecil hati atau marah. Jika kita tidak berhati-hati, perkara yang diumpat juga boleh menjadi fitnah jika tidak diketahui kesahihannya. "Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya." Orang yang mengiyakan perkara yang diumpat juga samalah seperti orang yang mengumpat. Manakala orang yang hanya mendengar umpatan (terutamanya yang tidak diketahui kebenarannya) tanpa berbuat apa-apa pula sepatutnya mengingatkan orang yang sedang mengumpat tentang bahaya menyebarkan khabar angin tersebut. Allah SWT berfirman:(Surah An-Nuur, ayat 15) "Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan." Ya, manusia dicipta dengan berbagai-bagai ragam dan perangai. Tak terkecuali juga 'kaki-kaki mengumpat'. Apabila rakan kita sudah mula membuka tingkap 'kafe mengumpat', bagaimana kita nak elak ya? Pahala dah lah tak banyak mana, nak sedekahkan pula pahala kepada rakan kita yang diumpat tu. Jadi, bagaimana nak elak daripada mendengar umpatan?(Surah An-Nuur, ayat 16) Petua: 1. Jika kita benar-benar sayangkan rakan kita dan kita mempunyai kekuatan dan keberanian untuk menegur, tegurlah. Tegur ada banyak metodenya. Tegur secara baik dan halus, atau tegur secara direct dan ringkas. Metode ini bergantung kepada mad'u tersebut. Sekiranya dia seorang yang sensitif, tegurlah secara baik dan halus. Dan sekiranya dia seorang yang lambat pickup atau tak berapa nak sensitif, tegurlah secara direct dan ringkas. Tetapi mesti secara BERHIKMAH. [Dulu, saya pernah menegur sahabat saya yang berbuat kesalahan dengan cara agak kasar. Akibatnya, api pergaduhan mula dinyalakan, dan akhirnya, dakwah itu tidak sampai, astaghfirullah. Tetapi saya sudah meminta maaf dan kami sudahpun berbaik. Sebab itulah pentingnya dakwah secara hikmah.] 2. Sekiranya si fulan yang mengumpat itu merupakan orang yang lebih tua daripada kita, atau merupakan seorang yang agak ego (susah nak terima nasihat dan pendapat), dan kita pula tidak mempunyai kekuatan dan keberanian untuk menegur, maka dakwahlah secara perlahan-lahan:
Apa-apa pun, berhati-hatilah dalam berbicara, pastikan kesahihan laporan itu dan pastikan juga tiada unsur tokok tambah. Dan yang paling penting, niatkan kerana Allah. Wallahu'alam. |
Disclaimer..!
Welcome to my Online diary blog..
Do Follow and comment my post.. I Like Eiffel Tower so much. Enjoy..! In my blog Chit Chat
Follow Me ♥ Lovely Band ♥ BLOG ARCHIVE; CREDIT SECTION Remember!!dont remove this section!! |